NG SHUK YEE D20102044087

Thursday, 24 November 2011

Kata Ganda

Kata Ganda

  • Terbentuk daripada kata yang digandikan sebagainya atau seluruhnya.
  • terbahagi kepada tiga jenis
  1. Kata Ganda Penuh
contoh:

  • Murid-murid,rama-rama,meja-meja
     2.Kata Ganda Separa
contoh:
  • lelayang,dedaun,kekura
      3.Kata Ganda Berentak
contoh:
  • sayur-mayur,kuih-muih,bukit-bukau,bengkang-bengkok
contoh ayat:
    (a) Murid-murid Tahun Dua Merah beratur sebelum masuk ke kelas.
    (b)Ail menyapu dedaun di halaman.
    (c)Ibu membeli kuih-muih de gerai Pak Mat.

Kata Arah

Kata Arah

  • Digunakan untuk menunjukkan arah atau kedudukan.
  • Perlu didahului kata sendi nama dan diikuti kata nama.
Contoh:

  • atas,bawah,luar,tepi,belakang,sebarang,utara,antara.
Contoh ayat:
   (a)Hamidah duduk di belakang saya.
   (b)Nani duduk di tepi ayahnya ketika menonton televisyen.
   (c)Negeri Johor terletak di selatan Semenanjung malaysia.

Kata sendi nama

Kata Sendi Nama

  • Digunakan untuk menyambung frasa dengan frasa.
Contoh:

  1. di,dari,kepada,ke,daripada,untuk,hingga.
Contoh ayat:
    (a)Dia tinggal di situ.
    (b)Ali berasal dari Kedah.
    (c)Ayah akan ke sana esok.
    (d)Kerusi itu diperbuat daripada rotan.
    (e)Surat itu dituju kepada kakanya.

Wednesday, 23 November 2011

kata Hubung

Kata Hubung:

  • Digunnakan untuk manghubungkan atau memggabungkan kata, frasa,atau ayat supaya menjadi ayat yang bermakna.
Contoh:

  • dan, walaupun,kerana,tetapi,lalu,jika,sambil
Contoh ayat:

  1. Suzy dan Salmi adik-beradik.
  2. Dia rajin tetapi nakal.
  3. Mariam mandi sambil menyanyi.

Sunday, 20 November 2011

Kata Adjektif.

Kata Adjektif

  • Untuk menerangkan sifat benda,orang,haiwan,tempat,dan sebagainya.
Contoh:

  1. Sifatan/keadaan-pandai,rajin,jinak
  2. Warna-merah,kuning,biru
  3. Ukuran-tinggi,kecil
  4. Bentuk-bulat,leper
  5. Waktu-lambat,kini
  6. Cara-sopan,lebat
  7. Perasaan-sedih,suka
  8. Jarak-dekat,jauh
  9. Pancaindera-manis,cantik

Kata Kerja :)

Kata Kerja...

  • Perkataan yang merrujuk kepada perbuatan atau perlakuan yang dilakukan oleh manusia,haiwan,atau benda.
Contoh ayat:

  1. Ayah membaca surat khabar.
  2. Adik tertidur.
  3. Datuk bersenam di padang.

Wednesday, 16 November 2011

Kata Ganti Nama Diri.
Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama manusia.Kata ganti nama diri terbagi kepada tiga jenis iaitu :
Kata Ganti Nama Diri Pertama :
(digunakan bagi orang yang bercakap)
Contoh :
Saya,aku,kami,kita
Ayat Contoh :
1.Nama saya Fatimah.
2.Saya dan Suraya berumur lapan tahun.Kami murid Tahun2 Merah.
Kata Ganti Nama Diri Kedua :
(digunakan bagi orang yang dilawan bercakap)
Contoh :
Awak,kamu,anda,engkau
Ayat contoh :
1.Anda dikehendaki datang awal pagi esok .
2."Apakah cita-cita awak ?"tanya Encik Rosli kepada Razak.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga :
(digunakan bagi orang yang dicakapkan)
Contoh :
dia,mereka,beliau,-nya.
Ayat Contoh :
1.Mereka sekeluarga berkelah di tepi pantai.
2.Faizah tidak hadir ke sekolah kerana dia sakit .