NG SHUK YEE D20102044087

Wednesday 16 November 2011

Kata Ganti Nama Diri.
Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama manusia.Kata ganti nama diri terbagi kepada tiga jenis iaitu :
Kata Ganti Nama Diri Pertama :
(digunakan bagi orang yang bercakap)
Contoh :
Saya,aku,kami,kita
Ayat Contoh :
1.Nama saya Fatimah.
2.Saya dan Suraya berumur lapan tahun.Kami murid Tahun2 Merah.
Kata Ganti Nama Diri Kedua :
(digunakan bagi orang yang dilawan bercakap)
Contoh :
Awak,kamu,anda,engkau
Ayat contoh :
1.Anda dikehendaki datang awal pagi esok .
2."Apakah cita-cita awak ?"tanya Encik Rosli kepada Razak.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga :
(digunakan bagi orang yang dicakapkan)
Contoh :
dia,mereka,beliau,-nya.
Ayat Contoh :
1.Mereka sekeluarga berkelah di tepi pantai.
2.Faizah tidak hadir ke sekolah kerana dia sakit .



No comments:

Post a Comment